Penggunaan e-dompet meningkat sebanyak 131% kepada lebih 600 juta transaksi pada 2020 berbanding tahun sebelumnya, bayangkan pula kini kita menghampiri 2027. Kami akan dapatkan data terbaharu.
Laporan PayNet 2022 yang dikeluarkan – peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan pembayaran tunai telah menurun 11% kepada 78%, daripada 89% sebelum wabak itu.
Statistik menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai telah mula diterima.
Kini fokus utama adalah keperluan untuk peniaga di peringkat mikro dan kecil menerima dan mengguna pakai e-dompet.
Sasaran Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) adalah untuk memastikan 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana menerima penggunaan e-dagang serta mewujudkan 500,000 peluang perniagaan dan menyumbang 22.6% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. menjelang 2025.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan transaksi e-dagang meningkat 30% tahun ke tahun pada suku pertama 2021 kepada RM254.6 bilion.
Untuk mempunyai sebuah E Wallet sendiri, organisasi dan perniagaan anda memerlukan kos dan proses yang tinggi serta panjang. Ia tidak lari minima RM500,000 dan ke atas. Lihat juga size e-wallet anda, lagi besar nilai simpanan nilai wang dalam sesebuah e-wallet, maka lagi tinggi kosnya.
Jadi untuk mengatasi perkara tersebut, Jendela Biz mengambil inisiatif memperkenalkan Close Loop E Wallet. Ia bukan untuk kegunaan awam, tetapi untuk kegunaan pelanggan anda sahaja.
Apakah kelebihan Close Loop E Wallet ini :
-mengekalkan pelanggan setia anda dan memastikan repeat purchase yang berkala cepat.
-memastikan syarikat anda sentiasa tersedia modal tunai ke hadapan
-sebarang promosi dan tawaran mudah sampai kepada pelanggan secara percuma (tiada kos telefon)
-transaksi kewangan yang selamat antara pembeli dan penjual.
-menambah ahli / pelanggan dan prospek dalam perniagaan atau organisasi anda
-database (big data) yang baik untuk perniagaan
-bisnes jangka panjang dan terus berkembang.
Hubungi pegawai kami jika anda berminat untuk menggunakan Close Loop E Wallet bagi perniagaan atau organisasi anda. Ia boleh diubah suai mengikut model dan operasi bisnes anda.
